Mutu madu Madu

Hanya 23% madu yang dijual di tepi jalan Malaysia didapati tulen.[33]

Amat sukar untuk mengenal pasti ketulenan sesuatu madu di pasaran kerana madu berbeza kandungan air di dalamnya bagi setiap kawasan di dunia ini terutamanya madu Eropah dan madu Asia. Madu Eropah dikatakan lebih pekat berbanding madu Asia terutamanya dari Malaysia kerana faktor cuaca di mana Malaysia menerima taburan hujan lebih banyak berbanding di Eropah.[perlu rujukan] Namun begitu, terdapat beberapa cara mudah untuk mengenalpasti sama ada sesuatu madu itu tulen atau tidak (seperti dalam gambar rajah).[34] Pengguna dinasihatkan membeli madu daripada pembekal madu yang boleh dipercayai sahaja agar tidak tertipu.

Terdapat pelbagai kes yang melaporkan penjualan madu palsu di Malaysia.[35] Modus operandi yang digunakan oleh pembekal palsu ialah dengan menggunakan orang Asli sebagai penjual madu di tepian jalan-jalan kampung dan lebuh raya.

Rujukan

WikiPedia: Madu http://web10.bernama.com/kpdnhep/newsBm.php?id=381... http://www.honey.com/images/downloads/carb.pdf http://www.honey.com/nhb/about-honey/honey-and-bee... http://www.maduhutan.com/informasi/lebah-hutan http://shelf1.library.cmu.edu/cgi-bin/tiff2pdf/hei... http://food.oregonstate.edu/learn/faq/faq_sugar53.... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/10820049 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12358452 http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20228250 http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22536292